Apa itu Manuskrip Melayu?
"Manuskrip Melayu ialah karya-karya dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu yang bertulis tangan diatas bahan organik seperti kertas, kulit binatang, daun lontar, buluh, gading, kayu dan kain yang berusia sekurang-kurangnya 100 tahun iaitu dalam lingkungan awal abad ke-16 hingga awal abad ke-20"
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia
Kenapa manuskrip perlu dipulihara?
Manuskrip Melayu merupakan satu warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam amat berharga. Kandungannya mengandungi pelbagai ilmu meliputi fikah, tauhid, tasawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat, perubatan, firasat dan ta'bir mimpi. Manuskrip ini mencerminkan kekayaan pemikiran dan kegemilangan tamadun Melayu yang perlu dipulihara oleh generasi kini.