Apa Itu perubatan ?
-
Perubatan merupakan satu bidang ilmu yang penting dalam kebanyakan masyarakat, termasuklah masyarakat Melayu.
-
Pengamalan, pembelajaran serta penggunaan ilmu perubatan ini telah wujud dan berkembang sejak zaman purbakala lagi.
-
Aktiviti ini termasuklah pengubatan dan rawatan penyakit, pembuatan ubat, penyediaan bahan, pemerolehan ilmu dari pelbagai sumber sehinggalah penanaman tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan perubatan.
-
Berikut adalah, contoh artikal dan jurnal berkaitan dengan kajian ilmu perubatan daripada kitab Tib.
Berikut merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh cendiakiawan dan boleh dijadikan rujukan:
-
Ilmu perubatan melayu tradisional.
-
Perubatan merupakan sartu bidang ilmu yang penting dalam kebanyakan masyarakat, termasuk masyarakat Melayu. Aktiviti, penggunaan, pembelajaran dan pengalaman perubatan telah wujud dan berkembang subur dalam kehidupan masyarakat sejak zaman purbakala lagi.
-
Seperti yang dinyatakan terdahulu, buku ini dihasilkan mnelalui projek penulisan Muslim Tetamu di Perpustakaan Negara Malaysia, di bawah penyeliaan Pusat Manuskrip Melayu. Matlamat projek ialah untuk menghasilkan sebuah karya menegnai ilmu perubatan Melayu, sebagai salah satu cabang ilmu dalam warisan khazanah tamadun Melayu Nusantara.
-
“Kitab Tib” bermaksud ‘kitab ubat’, kitab perubatan atau ‘ilmu perubatan’. Perkataan ‘Tib’ adalah berasal daripada Bahasa Arab, bermakna ubat, tukang ubat(tabib). Walaubagaimanapun, seperti yang dinyatakan terdahulu kandungan kitab tib melayu tidak terhad kepada ilmu perubatan dan pengubat penyakit, tetapi meliputi ilmu-ilmu lain, termasuk ilmu bintang dan ramalan, ilmu berahi, ilmu firasat, taabir mimpi, dan lain-lain lagi.
-
Ciri-ciri menarik bagi kitab ini ialah pada kandungan atau skop pembicaraannya. Terdapat naskah yang membicarakan mengenai penyakit , demam kepialu, Sakit kepala, Sakit mata, Sakit telinga, Batuk, Lelah, Buang air berdarah, Penyakit kulit dan sebagainya.
-
Terdapat beberapa ciri-ciri persembahan kitab Tib iaitu :
-
Bentuk pembicaraan
-
Istilah-istilah tradisional
-
Penggunaan dan penanaman ramuan
-
Sukatan dan timbangan
-
Sukatan waktu
-
Kaedah pembuatan dan penggunaan ubat
-
Pantang larang
-
Ilustrasi : gambar dan lakaran
-
Dalam kertas kerja ini, dibicarakan serba sedikit koleksi manuskrip di Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang memfokuskan perbincangan kepada salah sebuah manuskrip yang terdapat dalam koleksi UBD iaitu Kitab Segala Ubat.
Sumber: Prof. Madya Ampuan Dr Haji Brahim (2014), KOLEKSI MANUSKRIP DI UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM : KITAB SEGALA UBAT1. Perpustakaan Negara Malaysia.
http://Myrepositori.Pnm.Gov.My/Bitstream/123456789/1634/1/PAMM2014
Makalah ini membicarakan ilmu perubatan Melayu Tradisional dari sumber tertulis iaitu manuskrip-manuskrip atau naskhah-naskhah lama Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi dunia.
Sumber utama ialah dari koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia yang menyimpan sekitar 40 naskhah dengan judul atau dalam kategori “Kitab Tib”.
Sumber: Harun Mat Piah (2015), Ilmu Perubatan Melayu Tradisional dari Naskhah-Naskhah Lama. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 3(3), 3 – 17.
https://pdf4.pro/pdf/ilmu-perubatan-melayu-tradisional-8e49f.pdf