SASTERA UNDANG-UNDANG
Dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional terdapat sekumpulan naskah yang mengandungi ketentuan undang-undang. Kandungannya berbeza dengan undang-undang moden serta mengandungi adat istiadat di samping undang-undang fikah Islam antaranya :
-
Kuasa raja dan pembesar dan undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran negara.
-
Undang-undang jenayah yang melibatkan undang-undang Islam, tempatan dan Hindu.
-
Undang-undang awam yang bercampur antara perkahwinan dan perwarisan.
-
Adat istiadat yang biasanya dilakukan oleh raja dan pembesar.
Kesemua teks tersebut dihasilkan dalam bahasa Melayu yang termasuk dialek sukuan.
GOLONGAN SASTERA UNDANG-UNDANG
ANTARA CONTOH YANG BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN
1) Undang-undang Minangkabau
Secara umumnya mengandungi teks aturan dan lembaga adat, hukum, dan manusia sebagai individu dan makhluk sosial. “Semua naskhah (naskah, pen.) yang berasaskan adat budaya hidup masyarakat Alam Minangkabau, yang diasaskan Datuk Parapatih (Adat Perpatih) dan Datuk Ketemenggungan (Adat Temenggung), sama ada ditulis di Minangkabau atau di luar Minangkabau,” kata Jelani Harun (2008) tentang pengertian (secara umum) naskah Undang-Undang Minangkabau (UUM). Naskah ini dapat dilihat dengan lebih lanjut di:
https://eap.bl.uk/archive-file/EAP205-2-2
atau
https://eap.bl.uk/archive-file/EAP144-4-17
Teks ini banyak dianalisis dan merupakan salah satu manuskrip yang terpenting di Alam Melayu. Salah satu analisis terkenal dihasilkan oleh Dr.Umar Junus bertajuk Undang-Undang Minangkabau: Wacana Intelektual Dan Warna Ideologi.
Undang-Undang Minangkabau: Wacana Intelektual Dan Warna Ideologi
Buku Undang-undang Minangkabau: Wacana Intelektual Dan Warna Ideologi merupakan buku yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, dengan nombor ISBN 967-931-065-5 ada tahun 1997. Ia terdiri daripada 320 halaman dan berharga 35.00. Ia mengandungi transliterasi dan analisis oleh Dr.Umar Junus terhadap manuskrip Undang-Undang Minangkabau mengenai aspek wacana dan hubungan bahasa Melayu dan Minangkabau yang menjurus kepada peranan dan kemahiran orang Melayu lama dalam bidang kepengarangan dalam tradisi penulisan manuskrip Melayu. Kupasan yang dibuat oleh penulis membantu pemahaman tentang usaha menegakkan Undang-Undang Minangkabau di dalam bumi Minangkabau. Pembelian buku ini boleh didapati di portal rasmi Perpustakaan Negara Malaysia di
http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/148 .
2) Undang-undang Kedah
Naskah yang mengandungi perundangan, pemerintahan, adat budaya dan perdagangan di Kedah pada ketika ia dihasilkan. Justeru kerana semakin sibuknya pelabuhan Kedah pada abad ke-17 dan 18 itu kelihatan pada masa ini Kedah telah menghasilkan undang-undang serta peraturanya sendiri. Undang-undang Kedah ini mengandungi 5 bab utama iaitu :
-
Undang-undang 1060H (1650M)
-
Tembera Dato' Seri Paduka Tuan 1075H (1667M)
-
Hukum Kanun Dato' Kota Star (tiada tahun)
-
Adat Bunga Mas, Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar-besar, Adat Meminang
-
Undang-undang 1199H (1784M)