Definisi Hikayat
-
Menurut The Encyclopedia of Islam perkataan hikayat berasal daripada perkataan Arab iaitu 'hikaya' yang bermaksud pelbagai sejarah. Setelah itu, berubah kepada maksud cerita atau naratif.
-
Sastera hikayat dikarang pada abad yang ke-19 (Zainal Abidin, 1962:144)
-
Hikayat bermaksud karya sastera lama Melayu yang berbentuk prosa yang berisi cerita, undang-undang, bersifat rekaan, keagamaan, historis, biografi dan riwayat hidup seorang tokoh.
-
Hikayat juga bermaksud karangan yang ceritanya adalah bukan peristiwa yang benar-benar terjadi iaitu hanya rekaan.
-
Hikayat adalah hasil kesusasteraan Melayu lama yang dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikh yang dikarang.
-
Secara menyeluruh dan meluas, sastera hikayat meliputi segala karya kesusasteraan yang berunsur naratif / penceritaan dengan kecenderungan menghibur yang kuat.
-
Karya sastera terbahagi kepada 3 iaitu sastera hikayat berunsur hindu, sastera hikayat berunsur hindhu islam dan sastera hikayat berunsur islam.
-
Kesaktian, keberanian, kegagahan wira yang luar biasa adalah perkara yang terkandung di dalam hikayat.
-
Hikayat dibaca bertujuan untuk membangkitkan semangat juang, penglipur lara dan meramaikan pesta.