top of page

Definisi Syair

Keseluruhan para pengkaji sependapat bahawa istilah ‘syair’ berasal daripada bahasa Arab tetapi penggunaannya dalam bahasa Melayu hanyalah sebagai istilah teknik. Syair Melayu tidak beracukan syi’r Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi adalah ciptaan asli masyarakat Melayu.

     

Bentuk paling konvesional syair Melayu ialah empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dikenali oleh masyarakat umum walaupun sebenarnya syair Melayu dapat ditemui dalam bentuk-bentuk yang lain sebagaimana yang dibuktikan oleh Harun Mat Piah (Harun, 1989b:231-242). Pengkaji ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya ada sembilan variasi bentuk dalam syair Melayu iaitu:

(i)       Dua baris serangkap dengan rima a/b/.

(ii)      Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.

(iii)     Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.

(iv)     Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.

(v)      Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.

(vi)     Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/b, d/d/d/b dan seterusnya.

(vii)    Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, e/e/e/f dan seterusnya

(viii)   Empat baris serima (monorbyme)

(ix)     Empat baris berkait.

 

 

                                                           Sumber: Harun Mat Piah, (2006:129) Kesusasteraan Melayu Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

 

https://www.etnomusikologiusu.com/uploads/1/8/0/0/1800340/fadlinmelaka2011.pdf   

bottom of page