Apa Itu Pantun
-
Menurut Za’ba menerusi bukunya yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965:219) menyatakan bahawa penciptaan pantun adalah puisi tertua dan merupakan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu.
-
Pantun ini telah memperlihatkan dua maksud, yang pertama suatu puisi atau sebuah puisi, yang kedua mantra dan rima iaitu sifat teknikal puisi.
-
Selain itu, binaan pantun ini juga dianggap oleh (Harun Mat Piah 1989: 117) masih berkedudukan begitu sehingga kini dan tidaklah dapat ditentukan tarikh ia dicipta namun cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu dimana ia adalah suatu bentuk sastera lisan yang masih berkeadaan lembut dan halus bahasanya.
-
Pantun dikategorikan sebagai pantun bukan cerita.
-
Di samping itu, pantun mempunyai struktur dan fungsi yang tertentu dalam kehidupan masyarakat.