top of page

ILMU FALAK

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, falak bermaksud kajian sainstifik tentang bintang, matahari, bulan, dan planet yang terdapat dalam alam semesta.

Apakah maksud ilmu falak? Apakah ia berbeza dengan astronomi?

“Berikut adalah beberapa definisi Ilmu Falak dipetik dari buku Pengenalan Ilmu Falak, Baharrudin Zainal, DBP 2002.”

  • Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen).

  • Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.

  • 'Falak' dari bahasa Sumerian 'pilak' bermaksud sesuatu yang berputar.

  • Dalam bahasa latin, astronomi - ilmu mengenai bintang.

  • Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.

  • Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.

http://www.falak.unisza.edu.my/main/print.php?cat=Soalan_Lazim&alink=20071029142141

Astronomi  Islam  atau  astronomi  Arab boleh  disebut  juga  ilmu Falak  atau  ilmu  hisab  yang merupakan  salah  satu  ilmu  keislaman yang  dilupakan.  Padahal  ilmu  ini  telah pun  dikembangkan  oleh ilmuwan-ilmuwan  Muslim  sejak  abad  pertama  Hijrah. Perkembangan ilmu untuk kepentingan agama iaitu berkaitan dengan solat, puasa dan haji, untuk memastikan ke mana arah kiblat.

 

https://mjes.um.edu.my/index.php/fiqh/article/view/4203/2050

Kertas ini membincangkan hasil analisis tentang pengamalan dan kesan ilmu falak dalam memenuhi keperluan agama, sosial dan budaya. Kajian juga dilakukan pada ruang mana ilmu falak rakyat yang berjaya meresap dengan berkesannya dalam pengamalan masyarakat:

            - ilmu falak sebagai sains rakyat

            - takwim sebagai ilmu agama dan sosial

            - Ilmu falak dalam unsur-unsur kebudayaan alam melayu

Sumber: Kesan Pengamalan Ilmu Falak Dalam Konteks Agama, Sosial Dan Budaya Di Alam Melayu Oleh Baharrudin Bin Zainal

https://www.google.com/search?q=Kesan+Pengamalan+Ilmu+Falak+Dalam+Konteks+Agama%2C+Sosial+dan+Budaya+Di+Alam+Melayu&oq=Kesan+Pengamalan+Ilmu+Falak+Dalam+Konteks+Agama%2C+Sosial+dan+Budaya+Di+Alam+Melayu&aqs=chrome..69i57.1090j0j4&sourceid=chrome&ie=UTF-8

Grafisejarah falak Alam Melayu menunjukkan ilmu falak bagi memenuhi keperluannya dalam masyarakat, terutamanya tuntutan agama dan ikhtiar hidup seharian. Bercambahnya skop ilmu falak juga disebabkan oleh pemahaman asas dalam bentuk etnosains yang menampakkan ciri sejagat.

Salah satu aspek sains ini ialah ilmu falak sebagai cabang matematik. Perbincangan dalam makalah ini merupakan hasil pendokumentasian dan kajian teks sejumlah naskhah falak Alam Melayu pra modenisasi yang menjadi pungutan Kumpulan Etnomatematik INSPEM, UPM. Melalui analisis kandungan sejumlah naskhah utama, pungutan naskhah ini kemudiannya diterbitkan bidang utama ilmu falak bagi menggambarkan jangkauan skopnya Alam Melayu. Begitu juga sorotan yang dilakukan terhadap sejumlah naskhah tersebut telah menunjukkan sumber pengkaryaan dan mutu sains matematik yang mendasarinya.

 

           - Perubahan musim yang tidak ketara

           - Kaedah khusus untuk mengukur perubahan musim

           - Ilmu fekah dan ilmu falak

           - Penyusunan sukuan sinus

           - Hitungan waktu solat dan arah kiblat

Sumber: Baharrudin Zainal (2010), “Grafisejarah Falak Rumpun Melayu Melalui Kajian Teks Utama”. Universiti Sultan Zainal Abidin : Terengganu. Menemui Matematik Vol. 32, No. 1: 57 – 74

 

http://einspem.upm.edu.my/dismath/paper/2010/MM%20v.32(1)2010_57_74.pdf

Sumber: ANALISIS CERAPAN DAN HISAB KE ATAS PERISTIWA GERHANA BERDASARKAN ILMU FALAK MOHAMAD FAIZAL BIN JANI

 

http://eprints.usm.my/31630/1/Mohamad_Faizal.pdf

Ilmu bintang 12 menjadi sebahagian daripada keperluan takwim yang berasaskan ramalan. Ianya dapat dibuktikan melalui naskah falak alam melayu yang menggunakan sumber daripada karya utama sains tamadun Islam seperti:

  1. Al-Biruni

  2. Nasir Al-Din Tusi

  3. Sibti Al-Maridni

  4. Ulugh Beg

 

Sumber: ETNOMATEMATIK DALAM ILMU FALAK ALAM MELAYU Oleh Baharrudin Bin Zainal

Sumber Al-Biruni: https://books.google.com.my/books?id=XHRsCgAAQBAJ&pg=PA24&lpg=PA24&dq=manuskrip+al-biruni&source

 

http://psasir.upm.edu.my/7238/

bottom of page