top of page

I

L

M

U

M

A

T

E

M

A

T

I

K

  1. Jurnal  ini mendedahkan pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang sains sebelum masyarakat Melayu mengenal ilmu sains moden daripada Barat. Terdapat tiga pencapaian sains yang diteliti iaitu pencapaian sains dalam bidang perubatan, matematik dan kimia (peleburan logam).

  2. Perkembangan ketiga-tiga bidang ini dipengaruhi oleh kepentingannya dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkembangan ilmu sains Melayu juga berlaku terutama apabila mereka memeluk agama Islam pada abad ke 7 masihi. Bermula dari detik itu sebahagian tradisi keilmuan Melayu mengongsi tradisi keilmuan dari umat Islam lain.

  3. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diubahsuai dan diperbaiki oleh para cerdik pandai tempatan untuk digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Terdapat juga cerdik pandai tempatan ini yang menghasilkan ilmu-ilmu sains baru bagi menyelesaikan permasalahan seharian masyarakat dari masa ke semasa.

Sumber: Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2003), Ketamadunan Melayu Dan Sains: Satu Analisis Awal Ke Atas Pencapaian Masyarakat Melayu Dalam Bidang Sains. Jurnal Teknologi, 39(E), 47–61.

http://penerbit.utm.my/onlinejournal/39/E/JTKK39E4.pdf

  1. Suatu bidang pengkhususan yang membincangkan aspek-aspek sains yang ada dalam unsur-unsur budaya orang Melayu.

  2. Penulis ini menjuruskan perbincangan yang berkaitan dengan unsur-unsur budaya Melayu kepada bahasa Melayu, dengan perbincangan tentang etnosains ditumpukan kepada etnomatematik.

  3. Dirujuk dari beberapa manuskrip yang berkaitan dengan matematik.

Sumber: Mohammad Alinor Abdul Kadir (2005), Etnomatematik Dan Bahasa Melayu. Melsaayrui 23, 37 – 46.

http://journalarticle.ukm.my/1043/1/Etnomatematik_dan_Bahasa_Melayu.pdf

bottom of page